Wednesday, December 10, 2014

Kunci rumah baru... :)

Assalamualaikum...

Lama dah xbersiaran..hiihi
Xtahu nak tulis ape..
Tapi aku bw jer...
Pandainye korang tulis blog kan...

Semalam aku dah dapat kunci rumah baru...kikiki
Terus menggelabah nak ubah suai rumah..
Bukan nak buat ape pon...
Nak pasang grill, wiring dan pasang kabinet jer..
Bajet aku ciput je..
Tapi nak yang cantik ngn nampak mahal...boleh ke camtuh..:P

Tapi yang bestnye semalam masa dapat kunci tu..
Dapat refund duit booking rumah hari tu...
Leh buat tambah-tambah nak renovate rumah nanti kan..

P/s : Doakan supaya rumah kitorang cantik tau...hihihihihi.





Lawak plak tengok tutorial ni...hihi.

Wednesday, November 5, 2014

Takut


Salam...
Tiba-tiba je rasa nak membebel hari ni...
Nape budak2 sekarang semakin berani ek...
Skang kecoh pasal buli...
Adoi.. kecik2 dah pandai buli.
Kalau dulu... buli pon xdela sampai sepak terajang kan.

Pastu aku selalu sangat dengar perempuan ngndung anak luar nikah...dekat2 sekeliling aku je pon.
Tolongla adik2 sayang semua...
Janganla senang2 nak gadaikan maruah anda semua...
Percaya la dik...
Anda semua akan menyesal... sebab seronok kejap jer...
Lagi satu aku musykil...
Boleh ke kawen, kalau perempuan tu sedang mengandung...
Rasa macam pernah dengar xboleh kan...
Kalau kawen jugak ibarat berzina kan...
Dah tambah dosa lagi kan...

Skang ni macam takut je nak biarkan anak-anak berkawan kan...
Eh ko dah kenape...anak ko baru umor setahun...
Aku tahu didikan makpak penting kan...
tetiba je rasa nak hantar je dorang ke sekolah pondok...
hmmmmmmm...

Ntahla wei... rasa xsedap hati jer...
Ya Allah Ya Tuhanku..
Jadikanla zuriatku menjadi seorang berguna beriman dan bertaqwa.. Semoga zuriatku menjadi seorang yang berjaya didunia dan diakhirat.. 
Amiiinnn...


 
 

Wednesday, October 29, 2014

Perkembangan aqif diusia 17 bulan

Salam...
Tiba-tiba rasa macam nak cerita pasal anak sendiri...
Aqif dah masuk 17 bulan
Dah besar anak ibu...
Rasa macam baby lagi...

Meh nak senaraikan ape yang aqif suka buat...
1) Bila dengar azan trus amek lebai dier.. terus sujud... sambil tu berkumat kamit mulut dier sebut Allahuakhbar..
2) Bila bawak makan kat luar mesti nak dok kerusi orang besar.. 
3)Pandai nak gosok gigi tapi nak yang ibu pny...
4)Sambil nak tido...mesti nyanyi dulu...
5)Suka dengar zikir kat 106 oasis.. bila tukar siaran mesti nangis.
6)Bila nak sesuatu pandai pujuk2.. peluk2 ayah dier. baik ade makna ek...
7)Nangis bile tinggal sorang..walaupun ibu nak g kencing jer..
8)Marah bila ibu pegang hp xlayan dier...

Banyak lagi sebenarnya...
Malas nak taip...hihi...

 Ni tengah solat..bukan tido yer...hihihi

Geram tengok muka dier bila gelak camni....
 
p/s: Bila la dak kecik ni nak pandai cakap... mesti best layan dak ni cakap... asyik cakap bahasa korea je.... Ibu doakan aqif menjadi manusia soleh, jaga solat, jaga ibu ayah dh tua nanti hormat orang tua.... dan semoga aqif berjaya di dunia dan akhirat... Insya Allah..


Monday, October 27, 2014

Majlis Perkahwinan orang asli

Salam...
Ni cerita minggu lepas...
Bos kitorang kawen.. dier adalah bangsa orang asli... eh betoi ke panggil bangsa...hiii
Aku ngan fil semua pegi..
Saje je nak tengok perkahwinan dorang camne...

Rupanye2 same je macam kite kawen...
Tapi bos aku cakap dier kawen buat 3 cara
1 ikut adat dier , 2 ikut macam melayu sbb dier mmg rmai kawan melayu dan 3 ikut agama dier..(kristian).


Cantikkan bos aku..macam orang melayu. Laki dier pon sama...
 
 Ha... tengok. sebiji macam kite je kan.

Tapi aku still teringin nak tengok adat dorang betoi2...
Macam best je kan...
:))


Monday, September 29, 2014

Eight Miles Burger Banjir Ipoh

Salam...
Aku pon xtahu la..
Sejak dua tiga hari ni asyik tensen jer...
Penat dah buat buat muka senyum...
Kalo buat test BP ni konpem nurse kata ade darah tinggi...

Hari ni nak citer pasal makanan plak...
Kalau balik rumah mama aku mesti makan n jalan non stop...hihihi.
Adik ajak pegi  Eight Miles Burger Banjir ..
Dekat tanjung rambutan ipoh..

Ni suasana dalam kedai ni..
Best kan...
Makan pakai barang terpakai je kan..

Budak kecik ni nak dok atas meja...
nak selfie pon xleh tau...

Ni je kitorang order...
Sedap gak makanan kat sini...n murahhhh...
Aku ade bungkus chicken chop...
Air kat sini paling sedap kot bagi aku la....

K lah..nak buat keje...
Hilang dah tensen tengok burger... :)

Sunday, September 28, 2014

Rumah Pertamaku...

 Assalamualaikum...

Tiba-tiba je kan cerita pasal rumah..
Sebenarnya dah lama aku nak beli rumah..
Minggu lepas aku baru je booking rumah ni...



Rumah kecik je pon..
Tu pon aku xtahu lulus ke tak permohonan untuk pembelian rumah ni...
Harap-harap ade la rezeki aku nanti kan...

 P/s : Senang je beli rumah pkai loan kerajaan kan.

Job Fair di Ipoh dan Jalan-jalan sabtu.

Assalamualaikum...
Sabtu lepas aku ngn FIL g ipoh...
Tujuan sebenar kitorang nak bawak adik ipar aku cari keje kat sana...

Hari tu ade Job Fair 2014 kat sana...
Nasib kitorang sampai awal...Masa kitorang nak balik tu punya la ramai orang..
Aqif pon xmandi lagi masa tu...hihi.
Punya la awal kitorang betolak dari rumah..
Banyak jawatan dorang tawarkan n syarikat pon boleh tahan femes gak..
Antaranya SapuraKencana,Bukit Merah Laketown resortLostWorldBernas,TIC, dan banyak lagi.
Jawatanya pulak dari kelulusan SPM samapai Degree..


Lepas selesai cari kerja kat sana..
Ape lagi kitorang pon pegi la merayap...
Lama dah xjalan2...hiiii..

Aqif ingat kawan dier dalam cermin tu...hihi.

Balik dari jalan2 kat ipoh..
Tengok rumah suami aku kat kuale..
Kat depan rumah dier banyak giler mempelam telo...
Aku pon suruhla suami aku amek...hihi
Nak buat jerukk...
Dapnyer...lagi 2 3 hari dapatla merasa jeruk buatan sendiri...
Sedap tau..ni resepi opah ak...bila makan rangup...kruk2..

K lah...babai...

Wednesday, September 10, 2014

Tuesday, September 9, 2014

Toooolooonggggla...

Salam..
Tetibe je rasa nak membebel hari..
Aku pon xtahu nape sejak kebelakangan ni..
Ade je yang sakitkan hati jantung ngn limpa aku ni...

Xhabis2 nak memerli aku..
Tollloooongla..
Aku paling sakit hati kalau orang cakap2 benda tu ulang2...
Dah tahu benda tu xboleh nak baiki...
Diam jela...
Ni hari2 ulang cakap benda yang sama
Nak buat camne...kalau nak jugak yang baru. beli sendiri... ADE PAHAM!!!!
Huhhh...ak hanya mampu membebel dalam blog jeww...

Aku ni mulut laser...
Puas dah aku cuba menahan kelaseran mulut aku ni...
 sjabsdjbdusbu287*^&%^$@..

Pfffttttt lega....hihihi.
Hari ni mak pak aku nk datang mlwat aku..
Xtau nak masak ape n xtau jadi ke idok...

Sekian bebelan untuk hari ni....




Monday, September 8, 2014

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN...

Dari...
www.hilal.imamuda.com
~~~
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,
lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

~~
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”
Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.
Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar,
tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka,
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
Imam Muda Hilal

p/s: tringinnye nak ade anak perempuan.

Sunday, September 7, 2014

Syarat-syarat membeli rumah second hand

Salam..

Korang perasan tak..
Sejak akhir akhir2 ni rumah semakin mencanak-canak naik...
Padahal aku dok perak je pon..
Sampai skrg aku still xmampu nk membeli rumah..

Bulan lepas...
Aku ngan suami berjalan-jalan la cari rumah second hand...
Tengok2 ade 1 rumah ni menepati la citarasa kami berdua..
Pastu kitorang booking kat tuan rumah rm700.
Kalau xjadi leh dapat balik duit tu..

Pastu..
Aku try wasap member aku..
Dier lowyer yang handle bab2 rumah ni..
So, aku tanya la prosedur nak beli rumah second hand...

Dier kata.. Kalau nak bli rumah second hand... 
Sekurang2 nye kene ade 30% dari harga rumah... 
Baru kite boleh bertenang untuk membeli...

 Sebab... 10% bayar deposit rumah
10% bayar peguam
10% lagi kene bayar duit setem (kalau 1st time beli rumah dapatla diskaun 50%)

Tapi dier kata ade cara nak dapatkan duit tu balik...
Tapi kene kawtim dengan penjual rumah..
Cumanyer...kita akan dapat balik 10% je iaitu deposit rumah.
Tapi...(banyaknyer tapi)
Kene make sure jumlah pinjaman lagi kurang dari harga market rumah.
Kalau pinjaman bank.. bank akan bagi pinjaman 90% daripada harga pasaran bukan harga jual...

Diingatkan... pembelian rumah secondhand adalah sangat2 berbeza dengan pembelian rumah baru...

Lepas aku tahu prosedur beli rumah tu...
Aku terus xjadi beli rumah...haha.
Teruk kan.. Aku pk baik beli rumah baru...
Bila kira-kira kos... sama je ngan rumah baru.
Tapi...
Mungkin untung kalau kite beli rumah second hand kat KL.
Sebab kat sana kan lagi mahal..
kalau takat kat perak je...beli jela rumah baru....
Ni just pendapat aku jer..
Mungkin rumah yang korang tu murah giler..

Sumber google




Tuesday, August 19, 2014

3 kali gagal.. dan raya raya di opis

Salam...
Dalam mood2 masih raya ni...
3 kali kot aku gagal.. sedihhh...
Sudahla jatuh ditimpa tangga lak...

hmmm..
Mungkinkah aku xlayak...
Banyak sangat kesilapan yang aku buat sebelum ni kot...
Orang panggil ape tu...kifarah ek..

Aku harap pasni Allah makbulkan permintaan untuk permohonan pertukaran aku...
Aku nak dok dekat ngn hubby...
Think positif.. walaupon 3x aku gagal untuk temuduga...
Mungkin aku xde rezeki nak merasa gaji tinggi skit...

Sabar...sabar...sabar..

Ape ape pon...hidup perlu diteruskan ye idok...hihi
Minggu lepas opis aku ade buat jamuan raya...
Makan dari pagi smpai petang..
Nak pecah perut gelak ngn makan jer...hiiiii.



 Gambar kekenyangan..

 Hebat tak kami selfie...


Geng-geng lelaki semua cakap kami tengah kait pokok nyor...

k lah...babai. Selamat Hari Raya maap zahir dan batin...

Thursday, July 10, 2014

Harapan menggunung tinggi

Salam...
Hi korangssss..
Pose x hari ni..
Apela juadah berbuka hari ni kan...

Baru-baru ni aku ade temuduga kat ipoh...
Aku xtahu kenape...
Kali ni aku harap sgat berjaya dapat jawatan tu...
Walaupon masa temuduga tu aku rsa jawapan aku xdela mantap sangat...
Banyak kekurangan n menyesal pon ade xjawab betoi2..

Hari-hari hati aku aku ni meluap2 nak tahu keputusan temuduga tu...
Ishh..nape la ngan aku ni...
Ntahla..aku rasa aku terlampau minat ngan skop keje tu..
Persiapan sebelum temuduga pon buat gila2 gak la..
Tapi disebabkan gabra terlampau...
Jawapan aku macam melalut-lalut...

Ape kene la ngan aku ni...
Berharap pada benda yang xpasti...

K la...selamat bebuka..
babai.... :)

Jangan lupa prayforgaza k...

Monday, June 23, 2014

Nape dashboard blog problem...

Salam...
Mesti semua blogger jadi masalah yang sama cam aku kn..
Walaupon aku jarang update blog..
Tapi jangan xtau aku suka BW
Ni lah benda yang aku buat hari-hari...hihi.
Xbestnyer...
Xtau nak buat ape dah skrang ni..urrrmmmm


Sunday, June 1, 2014

Dugaan

Fuhhh Fuhhh...berhabuk dah blog aku ni..
Lamanyer xmeluah perasaan kat sini...
Macam-macam jadi kat aku 2 3 minggu kebelakangan ni...
Sedihhh...

Minggu lepas anak demam seminggu...
Pada masa yang sama..
Aku dapat interview F29...
Xbuat persediaan sangat...

Aku dengan xtido malam anak sakit..
Nak berdukung jer...
Melepas aku jawatan tu rasanya....huhu.
Banyak yang aku xtahu nak jawab masa interview tu,,
Dahla..soklan semua senang-senang.

Bulan lepas pon macam-macam kene bayar..
Dengan kete pon problem...
Aduyai....

Xbaiknye aku mengeluh kan...
Sabar....sabar....sabar....
Aku pasti tuhan nak bagi aku sesuatu yang lebih baik..

Tuesday, May 13, 2014

Cerita masa duduk asrama dulu-dulu.

Assalamualaikum...
Lama dah x hapdet belog..
Malas...
Suka baca blog orang jer...hihihi.
Tiba-tiba je rasa nak cite zaman dok asrama...

Aku masuk asrama start Form 1 tau...
Mula-mula masuk dulu..Mane reti basuh baju sendiri...iron baju asyik terbako jer..
Mane reti jaga diri sangat...hihihi.
Akak senior dahla asyik nak buli jer...
Konon-konon nak merapatkan silaturahim..
Amboi-amboi...
Xbaik tau akak-akak senior sekalian...

Ingat lagi masa form 2 kalau xsilap...
Kecoh ler kat asrama..
Ade orang minyak datang...
Punya la kitorang takut..
Bunyi macam2..Bila pagi je ade kesan minyak kat koridor asrama..
Paling nak tergelak...
Ade 1 malam tu..
Semua la kecoh2..orang minyak nak serang kitorang.
Aku ngan sume kwn2 konon bawakla kayu la apela
Nak pukul orang minyak 2..
Kitorang buatla aksi konon2 tengah pukul..padahal kitorg nampk dier
Ade sorang senior 2 cakap orang minyak 2 tengah gelakkan kitorang..

Banyak lagi kisah2 menarik...
Dulu dok asrama masa dok asrama...
Suka sangat tido dalam kelas...
Bila cikgu kluar mesti segar bijik mata ni...
Plik bin ajaib sungguhla..
Tambah2 kalo tyme  rehat...lagila xngantok...kikikikiki.

Skang ni geng2 aku semua dah kawen dh n akan kawen xlama lagi..
Rindu la kat korang...
Bila nak bercuti sama-sama lagi ni...


Gambar xde kene mengena...kikiki. Mangsa buli...ibu dulu slaloo kene buli.Sekarang...turn aqif lak.


Tuesday, April 29, 2014

Kereta : Kene tahan di Thailand

Assalamulaikumm..
Hai...

Semalam aku dapat tido lena..
Maybe anak aku letih main siang2 kot.
Xjaga malam pon...
Ade 1 kisah aku nak cerita ni...
Kisah ni jadi sebelum aku kawen lagi...
Terjadi masa aku bertunang..

Dalam januari 2013...
Masa tu suami aku tengah kerja kat Pengkalan Hulu..
Ade kerosakan kat situ..
Dier keje TNB....
Pengkalan Hulu memang dekatla dengan Betong,Thailand.
Depa ni selalu gakla makan-makan kat sana...
Nak jadikan cerita...

Ade sorang anak buah laki aku nak pinjam kereta..
Katanye nak pergi beli makanan...
Suami aku ni dengan baik hatinya bagi la pinjam...
Dengar-dengar dier kene tahan dengan polis Thailand..
Tapi memang xsangka la..
Rupanyer dier gi Betong...
Jumpa awek dier kat sana..
N xsangka lagi dier bawak dadah...
Tapi xbanyak sangat pon...
Kalau kat Malaysia rasanya kene denda/penjara jap jer..

Aku xdapat nak bayangkan kalau dadah tu dier letak kat dalam kete laki aku..
Mesti budak tu tuduh laki aku punya...
Yang aku dengar penjara sana..ko leh pilih nak duduk cangkung/berdiri jer.
Korang leh bayangkan x...korang kene duduk cangkung/berdiri je sepanjang dok sana.
Baru-baru mentua aku gi bicara untuk dapatkan kereta tu..
Dapatla jumpa budak y pinjam kereta tu.
Budak tu kene ikat cam binatang...cian plak dengar..
Dahla kene 25tahun penjara...

Lagi satu...kalau kereta korang kene tahan kat sana...
Pastu nak dapatkan balik...
Janganla guna orang tengah ke ape..
Semua tu PENIPU...
Laki aku kene tipu 6ribu kot...
Padahal...kereta tu nak dapatkan balik kene melalui mahkamah...

So...pengajaranye.janganla sewenang-wenangnyer percaya kat kawan.
Bukan maksud aku xleh percaya langsung...
Kita kene berhati-hati k...
Tengok dah jadi camni...
Kami hilang kereta...
Hilang kepercayaan...

p/s :nasib baik suami aku xkene tangkap.kalo x aku andartu kot skrg ni...kikikiki.


Gambar masa masih tunangan orang...kikiki


Boyfriend


p/s :mmg ramai gak bf/suami muda dari pasangan kan...hihi

Monday, April 28, 2014

Mood ke laut

Assalamualaikum...

Hari ni mendung je cuaca kat tempat keje aku..
Samala mendung mcm hati aku ni...
Semalam aku call JPA untuk bertanyakan pertukaran aku..
Orang JPA 2 kata.PERAK memang xde kosong kat mana-mana daerah buat masa ni...
Huaaaaaa.....
Sedihnyer...
Bila la aku dapat pindah ni...


Thursday, April 24, 2014

Tips untuk mudah mengandung untuk orang yang kurang subur...

Assalamualaikummm....

Hai..
Fuh!letihnyer...
Aku baru balik dari bercuti...
Teman laki berkursus sambil 2 jalan2..hihi

Berbalik pada tajuk kat atas..
Sebelum pregnant dulu..
Aku selalu gak google camne nak pregnant..
Nampak kepoyoan disitu kan..
Padahal baru je kawen...
Dah risau2...
Mana xrisau oi...
Aku jarg period...dan rata2 aku baca.kalau period xteratur MEMANG SUSAH NAK PREGNANT..

Korang tahu ape aku buat...

Aku makan VCO catalyst... (minyak kelapa dara)
Makan buah Delima..1 biji tue makan sorang2 je tau.Baru dapat penawarnyer...
Elakkan makan KFC,McD,Piza n dll...
Pastikan sentiasa ade sperma...t kalau telur kite subur.lehla jadi anak...coz kite xtahu bila kita akan subur...
Yang aku perasan...kita ni memang kene rajinkan diri.Baru leh timbulkan naluri keibuan kita.(Bila dah jadi mak2 ni.Mana leh malas2...toi x?)
Yang paling2 penting.Kene kawal berat badan.
Ramai gak kawan2 aku.Lepas turunkan berat badan..Terus boleh pregnant.
Dan...
Akhir sekali kita kene berdoa...
Aku selalu berdoa tyme hujan lebat..
Ade orang kata masa 2 pintu langit terbuka..
Insya Allah,tuhan akan makbulkan doa kita.

Ni jela tips dari aku...Hihi.
Babai...tq sudi baca...

Nilah buah ajaib 2... Selamat mencuba k...
Sumber google..



Wednesday, April 16, 2014

Yaey !! Menang peraduan Nescafe...



Salam korang...hihi

Tadi aku sembang-sembang ngan kawan..
Mula-mula okla sembang...
Tapi aku pelik...
Bila mula sentuh bab anak...
Mesti masing-masing nak cakap anak dier paling hebat...bijak...
Pastu mula la sakit hati anak dier lebih terer dari anak kite..
Tol x?hiiiii

Aku dulu pon camtu gaks..
Pelikkan...
Mungkin camtu gakla mak pak kite kan..
Masing-masing bangga ngan anak sendiri....

Aku ade join peraduan nescafe...
Dan dapatla saguhati...
Bestnyer...
Hati berbunga-bunga masa tulis entri ni..kikiki.
Semalam abah aku dah cashkan cek hadiah...

Kan best dapat hadiah utama...
36ribu kot...hihi.
Leh g jalan-jalan dan bukak biz...
Ishk isk ko ni xsyukur lak zilot..
Ape-ape pon tetap seronok walaupon saguhati...
Sape nak bagi ye x?

Harini pose ganti...
Menu bebuka untuk hari ni...
Dah dimasak malam semalam...hihi
Kang nak beli kuih jer..

Babai...

Tq...


Tuesday, April 15, 2014

1st GIVEAWAY BY DIANARASHID.COM



Jom join giveaway ni... Hadiah semua best... klik jer banner diatas yer....

Tarikh tutup penyertan adalah pada 1-5-2014 jam  12 malam.pemenang akan diumumkan seminggu kemudian berdasarkan random.org.

Sunday, April 13, 2014

Puasa Ganti

Salam...

Pagi2 tadi...sebelum sampai opis..opismate ajak makan roti canai tampal...
Sedapnyer...... (nangis kuat2 dalam hati)
Harini aku pose...
Korang dah ganti belum..
Cepat2 ganti tau..
Puasa hujung bulan 6 ni tau...

hmmmm...
Minggu lepas aku kene pergi kursus Women's Fitness & Wellness.
Fuhh!! Pagi2 2 kami semue kene pakai baju sukan..
Ade senamrobik..
Bestnye lame dah xbuat aktiviti kuar peluh...
Pastu dorang ade buat pemeriksaan kesihatan...
Tup2...aku ade darah tinggi...
Terkejutnyer...tp nurse 2 kata maybe aku penat buat erobik td..

Dah seminggu aku pk...
Aku rasa dah smpai masa kene jaga makan aku ni...
Kene diet zila oi...
Anak dah besar...xyah nak poyo sgt nak mkn banyak sbb nak susu banyak...
Tipuuu sangat...mkn skit pon ade susu...
Insya Allah...


nampak dah gaya2 mak orang..tembamnye...hihi.


Penangkap tikus profesional


ha...dapat tangkap.mati dah tyme ni.


Program kembara anjuran JKM


Menyambut ketibaan pasukan kembara...


Ni lah opismate aku...ramai lagi xde kat dalam ni.

p/s :kawan aku g korea sesorang dier jer..dasat weh.dahla anak dara..tp Alhamdullilah...selamat smpai sini dh...huhu.

k lah...sekian,entry pening aku...hihi.


Tuesday, April 1, 2014

Sejak akhir-akhir ni..

Salam..
Mengantuknye alahai la mata..
Penatnyer..semalam sampai rumah malam..
Tak sempat nak kemas rumah lagi...
Tapi xpe..puas hati dapat balik kampung...kikikiki.

Sekarang ni aku aku perasan..
Banyak benda yang berlaku kat orang sekeliling aku..
Semua macam balasan kat dorang...
Rasa kesian pon ade..

Contohnyer..
Ade sorang ni..dier selalu bangga anak dier pandai..
Dan kitorang pernah tanya pasal senang x SPM
Dengan bangganya..Dier kata 10x susah trial dari SPM sebenar...
Tup2 dapat 5A jer..
Padahal trial 6A..

Contoh kedua...
Ade sorang ni dier suka malukan orang...
Buat2 cite la..
Pernah dier gelakkan cara aku berjalan dengan cara memalukan...
Padahal aku xkenal dier...
Tup2 semalam aku dengar dier kene tangkap basah...

Contoh ketiga..
Ade sorang suka la kecoh suami suka dera dier..
Dier cakap xnak dekat laki dier la..
Macam2 la dier burukkan laki dier...
Tup2 laki dier meninggal...

Korang nampak x...sekarang Allah bayar cash kan balasan kat kite sume...
Takutnyer kan...
Aku selalu gak salah cakap...
Buat orang terasa..
Aku nak berubah...
Xnak buruk2kan orang,cite2 macam diri ni bajet bagus jer..
Baik kite merendah diri kan...
Berdiam itu lebih baik kan...

Aku nak membizikan diri..
Camne ek..
Hidup aku ni bosan...huhuhuhuhuhu.

k lah....tq sudi baca..:)


Wednesday, March 26, 2014

Malunyer bila mentua cakap gemuknyer menantu aku ni....

Salam...
Dua tiga hari ni panas betul la...
Tensi aku...
Rumah dahla xde aircond..

Uwaaa..
B.... jom pasang aircond..hihi
Badan gemuk sangat..
Lemak penuh , 2 yang panas memanjang.

Aku prasan...
Memang aku akui aku xkurus pon lepas besalin...
Camne ni...nak kurus cam orang lain..
Nak pakai jubah dress raye ni..

Lagi malu bila mentua tegur...
"Ila nampak gemukla skrang"
Padan muka aku!!!! Dulu masa pregnnt poyo sangat cakap...
"Dah besalin nanti kurusla badan ila cam Neelopak" :P

Tapi aku turun 18kilo lepas berpantang...
Tapi tapi...sebenarnye kene turunkan 28kilo...
Barula jadi Neelopak...kikikikiki.
Aku naik banyak sangat masa prgnant dulu...

Errrmmmm...
Camne ni...
Risau dah ni...
Makin lama makin ramai lak cakap aku gemuk...
Toooolooooonnnnggggg.....


Lengan dah rupa ahli gusti T____T

k...bai..

Wednesday, March 19, 2014

Rindula kat hero2 malaya ni...

Hi...
Harini aku cukup tido..
Semalam aqif tido dari kui7.30 mlm smpai pagi...
Bangun nak susu jer...hihi.

Hari ni besday aku yang ke-27..
Xdapat ape2 hadiah pon..
Tapi aku xkisah..
Dah tua dah pon..

Cuma...
Rindu la plak kat hero2 aku 2..
Bila la aku dapat duduk satu bumbung kan..
Bestnye balik2 keje masak untuk suami..pastu layan aqif..bawak g playground
Eleh...yela 2 azilot...
Bila dok skali nanti mesti nak gaduh2 anje ngan suami ko kan..
Pastu bila suami ko lik lambat skit 48ribu kali ko col laki tanya bila nak balik kan kan kan...

Tapi seyes...
Hari-hari istimewa camni...
Tringin sangat nak jalan2 makan2 ngan family kan..
Masa bujang2 dulu mama n abah aku selalu beli kek..

Aku dari dulu camni...
Suka orang manja2 kan..
Aku sebenarnyer xkisah ke ape..
Janji orang2 yang aku sayang ingat kat aku ni..
Poyo kan..

Ni la hero2 aku ...... mmmmmmuuuuaaaahhhhh2...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Pagi tadi kan aku cakap aqif tido lena sangat...
Tengok kat bawah ni cara dier tido...
Geram sangat..
Dahla tido lasak...
Tapi ibu sayang............................ kiss ibu cikit...muuuaahh2.




Last skali..
Pic ibu lak...kihkihkikihkih...


Tudung dari rara...
Best gak tudung ni..
Aku tengah giler tudung halfmoon...
Best..senang je pakai..

Okla...sekian bebelan aku kali ni...hihi.




Tuesday, March 18, 2014

Perangai anak..

Salam...
Pagi tadi aku gi pasar..
Nak cari barang sikit untuk buat sup aqif..
Seronok sembang2 ngan orang pasar..
Suka mengusik..

Sejak 2 3 hari ni..
Xtau nape aqif suka buat perangai..
Suka nangis2..
Kalo xdapat sesuatu 2..mesti nangis sampai selak(nangis sampai xkuar suara)..

Semalam aqif nangis sampai biru muka dier..
Takutla jadi ape2 dekat dier..
Tak cukup nafas ker..
Mintak simpangla..moga aqif sihat2 hendaknyer.

Aqif skang suka sangat berdiri lepas tangan..
Pastu buat muka bangga..
Omey sangat...
Cian ayahnyer xdapat tengok..

Hmmm...Aku otw nak jadi ibu susuan..hihi
Dah 4 kali aku bagi baby adam susu.,..
Baki 1 kali je lagi..
Kiranyer anak aku dah 2 la..



Susu aku masih banyak bagi aku..
Tambah2 kalau makan cheese cake..pekat berkrim susu aku,.. :P
Kira okla kan...walaupun terpaksa campur juga kalau kat rumah pengasuh.
Sebab kalau aqif ngan aku memang BF jer..

p/s : xsabarnyer nak balik batu gajah minggu ni..riiiiiiinnnnduuuuu. minggu ni sepupu bertunang.Pastu nak jalan2...errr..mcm2 la buat...hihi.


Wednesday, March 12, 2014

Cuaca panas...

Salam..
Tadi pergi buat PM komputer dekat Lenggong..
Aduyai..Panasnyer..
Pening pale dibuatnyer..

Panas 2 xpela gak..
Tadi driver bawak kete tutup tingkap..
Air-Cond xberfungsi...
Bila diminta buka tingkap...dier touching lak..

Pakcik tolongla..jgnla camni..
Nasib perjalanan 40min jer..
Kalo 4jam..Pitam dah aku dalam kete...huhu.

Tadi sembang2 ngan member..
Kat tempat aku dah berbulan xhujan tau..
2 3 bulan dulu ade bencana banjir..
Dier cerita..klien dier yang terlibat ngan bencana 2.
Macam salahkan tuhan sebab rumah dier kene truk banjir 2...
Sekarang ni langsung xde hujan dah...

Ntahlah weh...aku rasa kite ni kene bersyukur dengan ape yang Allah beri....
Bila Allah dah tarik...
Baru kite nak beringat...huhu.



Sunday, March 9, 2014

MH370..semoga semuanye selamat...

Salam..
Mesti semua dah tahu pasal MH370
Sedihnye kan...
Kalau la jadi kat keluarga kite..

Marilah sama-sama kite doakan mereka..
Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah kami semua petunjuk dimana mereka berada...
Amin...amin...amin...


SEkian..

Thursday, March 6, 2014

Anak angkat..

Salam..
Semalam seronok jer...
Aqif tido awal..
Dekat pukul 8 malam camtu dier tido..

Pestime camtu...
Comel jer lentok2 kat aku..
Tido sendiri lak 2..
Ngantuk sangat kot asyik main je.

Ermmm...aqif ni anak kandung aku.
Bukan anak angkat..hihihihi
Saje jer..tiba2 terlintas pk pasal anak angkat.
Aku ade sorang kawan ni nak amek anak angkat tp 15mac ni kot due ibu dier.
Belum lahir lagik..

Aku tengok usaha dier..
Lum lahir lagik anak 2 dah amek suntikan untuk hasilkan susu badan..
Macam2 baju dan barang dier beli untuk anak yang bakal lahir 2..
Akak ni susah nak pregnant..

Badan besar tapi dah cek kat doktor..
Doktor kata rahim dier jenis terbelakang...
Susah nak lekat...
Lagipun period datang setahun sekali...

Aku tengok dier memang kuat...
Macam2 orang cakap kat dier..
Tapi leh bertenang...
Aku harap anak yang bakal lahir ni.
Jadilah anak yang baik n soleh/solehah.

Aku pernah tengok.Anak angkat yang kuang ajo..
Mak pak angkat dier menatang dier dengan minyak yang penuh...
Aku ingat lagi dier bli jeans harga 200 kot..
Parent angkat dier keje kampung je..
Kalau parent aku bli harga 40 je kot.2pon dah bangga..hahaha...

Dulu masa aku g langkawi pegi ngan dier la..
Depan mata aku dier tengking2 mak dier..
Sedihnyer aku tengok..
Dier buat mak dier cam orang bengong...

Tapi parent angkat dier tetap sayang dier...
Aku pon xtau camne leh jadi camtu...

Cuba fikir balik...
Kalau parent angkat 2 xbela dier masa kecik..
Ntah mana la mak pak sebenar dier buang dier
xpon kalo dari family ssh mesti dier xdpt ape yang dier dapat sekarang ni...huhuhuhu.

Aku faham...
Memang susah nak terima kan..kalo kite tahu kite ni anak angkat
Ntahla..
Sekurang-kurangnye hormatla orang yang jaga kite...toi x?
Susah tau nak bela anak ni...rasa xsesusah mengandung dan melahirkan..

Fikir2la...

aqif panasla ibu....



P/s : panasla skrg ni kn...huu.




Tuesday, March 4, 2014

Kadang-kadang kita terlupa...

Memang. Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan dia 6 bulan lepas. Sakit.

Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.

Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba layan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi. Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.

Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat, diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang mengangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.

Ya Allah... Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali...


p/s :copy paste dari facebook...