Tuesday, October 27, 2015

Cool Blog baru dibuka di Gerik

Assalamualaikum...
Sudah 3 tahun kot aku dok di Gerik ni..
Macam-macam dah ade kat sini..
Sekarang kan orang giler beli air yang gedabak besar tu kan.
Macam2 dah air pirate la, tea boader la..

Hari tu aku ngan opismate kuar lunch nak merasa la cool blog ni...
Sodap ko idok kan..


Ni la rupenye tempat tu..
Lawa gakla.. Tapi sempit skitla..
Layanan bagus.

Sempatla selfie.. 
Xde kerja.. Sementara menunggu air yang kami order siap..
Komen dari kawan aku.. Sedap lagi air sempadan betong..hihi
Tapi pada pada aku plak.. Sedap jerrkk..cma sikitla.
Tak cukup bagi perut tong macam aku ni.
Air yang kat sempadan sedap+banyak,

Sesape yang lalu Gerik tu.. Agak-agak dahaga lehla nak singgah hilangkan dahaga.. 

Baibai..



Wednesday, October 21, 2015

Bila ibu malas masak


Geramnye bila budak ni buat muka comel camni kan.
Semalam malas sangat nak masak.
Walaupun dah kecoh Malaysia diserang wabak Demam Kepialu.
Bila M menguasai diri. Jadi camni la.
Semenjak dua menjak ni.. balik je kerja mesti badan jadi lemau. 
Jerebu la ni.. Bila la nak habis.
Mungkin Allah nak duga kita yang xpernah bersyukur ni kan.


Aqif dah start nak panjat meja. Makanan lambat sangat sampai.
Akhirnya dia makan sikit.
Mungkin xsedap kot. Lain kali ibu masak k.


Sebelum balik tu... dan la dier mengepau ibunya kopok.. errgggghh
Geram ok..
Bukan makan sangat pon. Leh plak dier main pijak2.


Tengok tu buat muka xbersalah.
Nasibla anak sorang. Kalau x ibu dah jadi tarzan dah.


Malam tu plak kitorang main benda kat atas ni..hihi.
Bosan kan hidup kitorang..

okla..babai.

Tuesday, October 20, 2015

Demam Kepialu

Dulu pernah je dengar demam kepialu ni..
Tak sangka boleh menyebabkan kematian..
Menurut suratkhabar yang aku baca demam kepialu ni
hanya menyerang manusia dan disebarkan melalui makanan atau
air minuman yang tercemar dengan najis atau air kencing pesakit atau
pembawa demam kepialu.

Penyebaran wabak demam kepialu dipercayai disebarkan oleh
Pendatang Asing yang datang ke negara ini.
Takutnye.. sebab dekat dengan rumah aku banyak gak warga asing..
Kalau dah berpenyakit nape la datang kat negara aku oii..

Langkah-langkah Pencegahan Demam Kepialu..
Aku kongsi skitla ek..

- Segera ke klinik/hospital jika demam,cirit-birit atau sakit perut.
- Minum air yang telah masak
- Makan makanan yang baru dimasak
- Cuci tangan sebelum/selepas makan.
- Guna tanda yang bersih.
- Pilih pengendali makanan yang bersih.

Pendek kata semua kene pastikan bersih.

Harap kita semua terhindar dari penyakit-penyakit ini.
Belum habis jerebu. Dah datang penyakit baru.
Rasanya Allah nak beri peringatan kat kita...

Monday, October 19, 2015

Idea tempat untuk sukaneka di Perak


Budak kecik ni orang suruh senyum dier sengih plak..
Dier la orang paling gembira masa sukaneka ni..


Ni la Sungai Air Beruk tu.. 
Nampak dalam kan air tu.. Air dier macam buh ais batu. Sejukkk.
Hari sebelum sukaneka kami tu.. hujan lebat malam tu.
Tapi lepas habis acara sukaneka tu..kami semua terjun sungai gak.
Ingatkan dalam..rupa-rupanya paras lutut aku je..hihi.
Sekarang heboh wabak kencing tikus kan.
Risau tu risau gak. Tapi tengok air macam laju je mengalir. Kompiden gakla nak terjun.
So far.. kitorang masih sihat hingga ke hari ini..


Acara yang paling awal.. kami mulakan pertandingan mewarna bawah 6 tahun. 
Kami buat kat bawah pondok yang disewa.


Lepas tu acara kanak-kanak.


Antara peserta yang mengambil bahagian.


Ni acara dewasa.. Banyak sebenarnya gambar. Tapi gambar yang lawak2 je...
Kami buat semua acara sukaneka kembali ke zaman kanak-kanak.


Last sekali.. gambar puan blog... 
Memang berbaloi la nak buat aktiviti family day kat sini..
Murah o.. Makan pon sodap.
Masakan kampung... Memang betul2 puas hati la..
Cuma nak ingatkan.. acara kene mulakan awal..
Kalo x jadi macam kitorang.. Balik semua muka jadi dayang sennadung..hihi.



Sunday, October 18, 2015

Family Day di Teluk Senangin



 Letihnyer.. Bulan ni asyik berjalan.  Duit dah melayang-layang pergi..
Beban nye hidup di zaman GST ni..
Semua kene jimat2...
Ape-ape pon best o.. G Teluk Senangin ni. Senang ajo nak cari tempatnyer.


Ni tengah buat persiapan nak mulakan acara sukaneka Taska Aqif..hihi. Kami bersukan kat tepi Pantai jer.
Sape-sape yang rasa cam nak mandi tu. Terjun jer.
Pagi-pagi ni xdatang lagi jerebu..


Ha.. xlama kemudian jerebu pon datang menyerbu..haha.
Sampai xnampak ape kan.
Aku risau kesihatan anak aku jer.
Nasib baik..ok je anak aku tu.


Tengok tu geng ibu-ibu semangat nak bersukan. Kompius sape yang bersukan ni,,haha.

\

Geng gajah...hihi. Xsempat nak nak tangkap gambar masa dorg bersukan.
Anak aku kan baru 2tahun kene ade bimbingan mak paknyer masa acara berlangsung.

p/s : Kumpulan gajah menang keseluruhan...hahaha.

Itu je nak cite.. babai.