Thursday, November 12, 2015

AEON Klebang : Jalan-jalan dengan adik-adik.

Ni cerita 2 minggu lepas rasanye kot..
Sekarang jam 4.53 petang..
Lagi 7 minit leh balik..hahaha.
Ceritanye camni... kami sebenarnya ade kenduri sepupu kat area klebang..
rumah dier 2 minit je nak pergi AEON Klebang ni..
Besar bolehe tahan ko..
Memang xhabis pusing...
Letih kejar aqif jela...



Ni la adik beradik aku..kecuali yang kecik tu la semua lain-lain kan.
Tapi ramai kata mata kami sama...
Gedik je kan nak bergambar kat sini.. Beratur oii..
Maklumla benda baru..


Yang ni real..
Ni adik aku yang bongsu...
Nyampah tau... mesti nak tinggi dari akak. Dier ni belajar kat Kolej Vokasional..
Ni la satu-satunya adik perempuan aku.


Ni adik aku yang no.2..
Kawen dah dier ni...Tapi belum rezeki dapat anak lagi.
Doakan dier eh...



Ibu nak bergambar ngan aqif gak...haha


Ni la budak asyik mengepaw belon...
Letih kejar dier sebab asyik kejar belon je..
Stress ibu...


Yang baju putih tu adik yang no 3..
Dier paling gelap sekali n poyo...
Belajar lagi ni... 
Itu je nak citer... Ni la adik-beradik aku yang xberapa ramai.

p/s : Mood tengah rindu ngn family.. Jap gi mama ngn abah datang. Best3... 

Tuesday, October 27, 2015

Cool Blog baru dibuka di Gerik

Assalamualaikum...
Sudah 3 tahun kot aku dok di Gerik ni..
Macam-macam dah ade kat sini..
Sekarang kan orang giler beli air yang gedabak besar tu kan.
Macam2 dah air pirate la, tea boader la..

Hari tu aku ngan opismate kuar lunch nak merasa la cool blog ni...
Sodap ko idok kan..


Ni la rupenye tempat tu..
Lawa gakla.. Tapi sempit skitla..
Layanan bagus.

Sempatla selfie.. 
Xde kerja.. Sementara menunggu air yang kami order siap..
Komen dari kawan aku.. Sedap lagi air sempadan betong..hihi
Tapi pada pada aku plak.. Sedap jerrkk..cma sikitla.
Tak cukup bagi perut tong macam aku ni.
Air yang kat sempadan sedap+banyak,

Sesape yang lalu Gerik tu.. Agak-agak dahaga lehla nak singgah hilangkan dahaga.. 

Baibai..



Wednesday, October 21, 2015

Bila ibu malas masak


Geramnye bila budak ni buat muka comel camni kan.
Semalam malas sangat nak masak.
Walaupun dah kecoh Malaysia diserang wabak Demam Kepialu.
Bila M menguasai diri. Jadi camni la.
Semenjak dua menjak ni.. balik je kerja mesti badan jadi lemau. 
Jerebu la ni.. Bila la nak habis.
Mungkin Allah nak duga kita yang xpernah bersyukur ni kan.


Aqif dah start nak panjat meja. Makanan lambat sangat sampai.
Akhirnya dia makan sikit.
Mungkin xsedap kot. Lain kali ibu masak k.


Sebelum balik tu... dan la dier mengepau ibunya kopok.. errgggghh
Geram ok..
Bukan makan sangat pon. Leh plak dier main pijak2.


Tengok tu buat muka xbersalah.
Nasibla anak sorang. Kalau x ibu dah jadi tarzan dah.


Malam tu plak kitorang main benda kat atas ni..hihi.
Bosan kan hidup kitorang..

okla..babai.

Tuesday, October 20, 2015

Demam Kepialu

Dulu pernah je dengar demam kepialu ni..
Tak sangka boleh menyebabkan kematian..
Menurut suratkhabar yang aku baca demam kepialu ni
hanya menyerang manusia dan disebarkan melalui makanan atau
air minuman yang tercemar dengan najis atau air kencing pesakit atau
pembawa demam kepialu.

Penyebaran wabak demam kepialu dipercayai disebarkan oleh
Pendatang Asing yang datang ke negara ini.
Takutnye.. sebab dekat dengan rumah aku banyak gak warga asing..
Kalau dah berpenyakit nape la datang kat negara aku oii..

Langkah-langkah Pencegahan Demam Kepialu..
Aku kongsi skitla ek..

- Segera ke klinik/hospital jika demam,cirit-birit atau sakit perut.
- Minum air yang telah masak
- Makan makanan yang baru dimasak
- Cuci tangan sebelum/selepas makan.
- Guna tanda yang bersih.
- Pilih pengendali makanan yang bersih.

Pendek kata semua kene pastikan bersih.

Harap kita semua terhindar dari penyakit-penyakit ini.
Belum habis jerebu. Dah datang penyakit baru.
Rasanya Allah nak beri peringatan kat kita...

Monday, October 19, 2015

Idea tempat untuk sukaneka di Perak


Budak kecik ni orang suruh senyum dier sengih plak..
Dier la orang paling gembira masa sukaneka ni..


Ni la Sungai Air Beruk tu.. 
Nampak dalam kan air tu.. Air dier macam buh ais batu. Sejukkk.
Hari sebelum sukaneka kami tu.. hujan lebat malam tu.
Tapi lepas habis acara sukaneka tu..kami semua terjun sungai gak.
Ingatkan dalam..rupa-rupanya paras lutut aku je..hihi.
Sekarang heboh wabak kencing tikus kan.
Risau tu risau gak. Tapi tengok air macam laju je mengalir. Kompiden gakla nak terjun.
So far.. kitorang masih sihat hingga ke hari ini..


Acara yang paling awal.. kami mulakan pertandingan mewarna bawah 6 tahun. 
Kami buat kat bawah pondok yang disewa.


Lepas tu acara kanak-kanak.


Antara peserta yang mengambil bahagian.


Ni acara dewasa.. Banyak sebenarnya gambar. Tapi gambar yang lawak2 je...
Kami buat semua acara sukaneka kembali ke zaman kanak-kanak.


Last sekali.. gambar puan blog... 
Memang berbaloi la nak buat aktiviti family day kat sini..
Murah o.. Makan pon sodap.
Masakan kampung... Memang betul2 puas hati la..
Cuma nak ingatkan.. acara kene mulakan awal..
Kalo x jadi macam kitorang.. Balik semua muka jadi dayang sennadung..hihi.



Sunday, October 18, 2015

Family Day di Teluk Senangin



 Letihnyer.. Bulan ni asyik berjalan.  Duit dah melayang-layang pergi..
Beban nye hidup di zaman GST ni..
Semua kene jimat2...
Ape-ape pon best o.. G Teluk Senangin ni. Senang ajo nak cari tempatnyer.


Ni tengah buat persiapan nak mulakan acara sukaneka Taska Aqif..hihi. Kami bersukan kat tepi Pantai jer.
Sape-sape yang rasa cam nak mandi tu. Terjun jer.
Pagi-pagi ni xdatang lagi jerebu..


Ha.. xlama kemudian jerebu pon datang menyerbu..haha.
Sampai xnampak ape kan.
Aku risau kesihatan anak aku jer.
Nasib baik..ok je anak aku tu.


Tengok tu geng ibu-ibu semangat nak bersukan. Kompius sape yang bersukan ni,,haha.

\

Geng gajah...hihi. Xsempat nak nak tangkap gambar masa dorg bersukan.
Anak aku kan baru 2tahun kene ade bimbingan mak paknyer masa acara berlangsung.

p/s : Kumpulan gajah menang keseluruhan...hahaha.

Itu je nak cite.. babai.



Friday, September 4, 2015

Taska vs Pengasuh

Ermm...
Kira-kira lagi 2jam nak habis kerja..hihi.
Baik aku membebel kat blog ni..
Malas nak bergosip.. t dosa tuhan marah. Lagipun hari jumaat buat ler baik skit ye idok..

Masa mula-mula aku amik keputusan nak hantar anak ke taska ni.
Aku pk 80puloh ribu kali 80 malam tahu x?
Yela...aqif ni manja sangat.
Mana reti nak bergaul ngan abang kakak ni.

Mula-mula masuk tu anak aku selalu kene buli tau.
Sedih sangat tengok dier kene tolak, tampar, tunjai kepala.
Skang dah hebat anak ibu.
Pandai dah defend diri sendiri.
Anak ibu dah pandai pegang pensel..menampal,menari,menyanyi eh macam-macamla
Masa dok ngan pengasuh dulu.. anak aku ni ala-ala manja je lebih.
Tu baru umur 2tahun..macam-macam pandai dah. Nak harapkan aku yang memang xla nak ajar main ngan water color tu...hihi.
Sebagai ibu yang poyo ni..
Aku rasa  bangga sangat dengan pencapaian anak aku yang sorang ni..




 Ni masa aktiviti ngan ibubapa. Dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kami.

 Ni dalam kelas.. Main susun blok n buat kolaj. Hebatkan.. Comel je dorang ni.

 Tengok tu cikgu ajar buat topi.. Aku pon xreti nak buat camne..


 Ni Cikgu kata buat ketupat.

 Ni awal pagi ni...sume tengah monyok.. Baik je kan dorang ni. Pandai cikgu ajar..

 Dalam kelas pon duduk baik-baik je. Korang bayangkan umur 2 3 4 tahun je semua ni.. Boleh je dorang dok elok-elok. Kat rumah manade boleh dok camni.

Tengok tu dorang warna itik tu.. Walaupun comot. Tapi ibu tetap suka...

Comel-comelkan dorang ni..
Tahun depan aku terpaksa hantar anak aku ke taska lain diatas sebab sebab2 tertentu..
Ape2 pon..korang jangan takutla hantar ke taska.
Kalau dok ngan pengasuh dorang xkan ajar ape2 sebab dorang banyak kerja rumah nak buat.
Kecuali pengasuh korang tu rajin nak ajar anak kita tu.
Seeloknya bawah 2 tahun hantar ke pengasuh. Atas 2 tahun hantar taska.
Ni pendapat aku je la..
Tepuk dada tanya selera...


Wednesday, September 2, 2015

CUTI MERDEKA HARI TU.....

Hai...
Saje je nak cite cuti merdeka hari tu..
Aku biasa lik kampung le kojenyer..hahaha.
Bosan ko asyik dok rumah jer.
Aqif pon bosan gak sebenarnyer..
Sori yer aqif..ibu xdapat nak bawak aqif jalan2 selalu...


Sabtu malam tu kitorang ade buat BBQ.. bakar kambing je pon. Ko tengok abah aku. Sepeha makan sorang..haha. Sebenarnyer saje nak menunjuk je tu...hihi.


 Tergoda x..hihi.

Actually... kitorang ade buat sos lada hitam.. Sedap ko. Ramai mintak resepi. (Padahal aku google je pon)..

 Esoknye kitrang pergi Teluk Batik... 1st time dak kecik ni g mandi laut. Sampai xnak keluarla dari laut tu. T ibu bawak lagi ek. Kite ajak ayah k.


Ni semua mak bapak sedara aqif... Muda kan... Cian korang.. Muda2 lagi dah naik pangkat. Terima jela ek.

Gambar Tuan beloq... Eh Puan.. Best o pergi mandi pantai pagi2. Xde orang n pantai pon bersih lagi. Tapi yang xbestnye.. Balik tu punyalah letih.. asyik tido je..kikikikiki.
erm...ermmm
Tu jelah citer merdeka kami..

Ais Bag aka Air Sedap

Lemau betul badan lepas merdeka ni...
Nak cuti lagi..hahahahaha.
Tadi pegi ade kerja sikit kat Pengkalan Hulu..
Pastu selalu la dengar akak2 opis ni cakap air sedap air sedap..

Banyak gak aku tengok orang jual..
Kat Ipoh pon ade kalo xsilap..
Aku pon dengan semangat pergi cuba..
Bolehla... rasa dier...
Air biasa je tapi kesejukan dier boleh bertahan selama 4jam..
Tu kata akak opis aku la...
Kalo dorang tipu aku pon tipu la...hahahaha.


Ni la air tu.... Air biasa je.


Tengok makcik tu tengah buat air sedap ni...
Biasa je kan.... Macam buat ice blended je..
Cma packaging je lain skit...


P/s : Tadi akk opis aku cakap yang sedap tu kat sempadan... t korang tryla...hihi.

Monday, August 17, 2015

Resepi memasak paprik yang paling mudah.


Hai..
Bertemu kita dalam arena masak memasak.. cewah..
Semenjak 2 menjak ni aku tetiba rajin masak
Poyo je kan..
Hari ini nak berkongsi cara memasak paprik orang malas macam aku...

Bahan-bahannye

Bahan A

Bawang holland yang dihiris
Cabai kering yang dikisar
Bawang putih yang dihiris
Perencah tomyam
Serai
Minyak 
Sos
Sos tiram
Kicap pekat

Bahan B

Ayam
Sotong
Udang
Sayur-sayuran ( Bunga kobis, lobak merah, jagung kecik, tomato)
Bawang besar potong 4


Cara-caranya..
Tumis semua bahan A sampai naik minyak. Masukkan sedikit sos, sos tiram dan sedikit kicap pekat.


Kemudian... Masukkan semua semua bahan B dan masukkan air..


Biarkan ia mendidih... kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Dan akhir sekali garam secukup rasa.


Taraa... siap sudah. Senang kan...


p/s : Nak wangi tambahlah daun limau purut.

Rumah abah dan suasana di kampung.

Nak cerita sikit tentang rumah abah kat kampung...hihi.
Ni rumah nak buat tempat persinggahan jer..
Tapi macam lawa ler pulok...

Ni gambar belum siap lagi.

Ni bahagian sisi rumah comel ni. depan rumah ni adalah rumah opah aku...hihi.

Rumah ni kan abah aku ngan bapa2 saudara yang buat pelan dier. Nampak comel plak kan. Rumah ni dah siap. Parent aku dah duduk pon. Tapi lupa nak tangkap gambar..
 

Ni la sawah padi lepas kene potong padi...hihi. Best o kampung aku ni. Sawah padi dier xnampak penghujug. Tengok tu burung2 berterbangan.

Ni plak belakang rumah opah aku. Cantik kan. Dulu masa kecik-kecik aku rajin gak mandi. Banyak ikan kecik2 kat situ. Sekarang ni xberani dah nak mandi kat sini. Air pun keroh.

 Ni orang panggil tali air kalau xsilap.. 

Rindunye suasana kat sini...

Wednesday, July 15, 2015

Sedihnye... Ramadhan akan meninggalkan kita hari ni.... T_T

Assalamualaikum...

Mesti ramai dah bercuti kan..
Hari ni tetiba aku merajinkan diri untuk menulis..
Aku masih bekerja..
Esok dah nak raya oi...
Mak mertua aku cakap tadi..
Sampai hati xcuti.. (Dier nak aku tolong masak)..
Aku bukan xnak..cuti tahunan tinggal skit je..
Minggu depan taska tutup seminggu oi..

Errrmmm..
Sebenarnya nak citer.. sedihla ramadhan nak pergi..
Bulan ni la bulan paling tenang n selamat bagi aku..
Harap tahun dpn aku berpeluang menikmati ramadhan...

Hati ni rasa sebak jer...
Bulan ni opismate aku 2 orang dapat pertukaran..
Harap pasni turn aku plak...
Aku kalau boleh nak sambung bljr...
kalau dok sini..jauh sangat nak prgi belajr..
Semoga Allah permudahkan...

Comelkan budak2 kecik ni...hihi. (gambar xde kene mengena ngan tajuk).

Wednesday, June 17, 2015

Perangai kaum hawa

Assalamualaikum...
Salam ramadhan...
Korang semua puasa ke.. Mesti ade yang x kan?hihi
Moga ape yang kita akan lakukan pada hari ini semua berjalan dgn lancar..
Positif diri anda..barulah hidup akan positif...

Pagi tadi baca surat khabar..
Ada berita mengenai suami n istri baru nahas kemalangan.
Yang sadisnye istri pertama baru tahu laki dier kawen lain n dier baru hamil 4 bulan.
Sedihnye kan..
Perasan x? Kite ni suka meletakkan diri kite dalam situasi istri pertama tu.
Pastu gosip2 ngan kawan. Macamla kite plak yang jadi camtu..kikiki.

Yang kedua...
Bila tengok drama bersiri...
Mesti kita plak jadi pengarah utk episod akan datang tu..

Yang ketiga...
Kita mesti exited bulan puasa camni kan...
Untuk ibadah tu memang no.1..
Tapi mesti terselit gak nak kurus tu kan..hihi.
Aku ler tu...hihihi.

Sekian... bebelan untuk kali ini.
Xtahu nak berbuka ape hari ni...

Bye..




Tahun ni puasa sorang lagi..

Assalamualaikum...

Hari ni PM umum orang gomen dapat kenaikan elaun perumahan ngan duit raya rm500..
Alhamdulillah... syukur gak.. walaupun pada mata orang lain 120 xde makna..
Pada aku banyak gak boleh beli tu...

Allah tu maha mendengar rintihan hamba2 dia kan...
Lega aku... Boleh lah tambah koleksi tudung..kahkahkah.
Kesian orang swasta... tapi dorang kene paham..
Majikan kami PM... mmgla bagi kat kami.
Rezeki masing2 kan...suami aku pon swasta..

Hmmmmm...
Esok nak puasa.. xsabar kan. Kang nak buat tarawih...
Tapi kat rumah je pon..
Harap2 bejaya la kan...
Sebab selalunya xberjaya..hihi
Nak g masjid sape lak nak jaga aqif...

Harap puasa tahun ni menjadi puasa yang paling sempurna...
Walaupun puasa sorang2 lagi...


Friday, June 5, 2015

Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin

Assalamualaikum...

Hari ni aku akan bertolak balik kampung...
Bestnye.. lamanye xbalik...
Rindu masakan mama...
Tambah2 gulai tempoyak ikan patin..

Jom try resepi kat kg aku...

Bahan-bahan

Ikan patin yang dipotong
Sedikit cabai merah yang ditumbuk
Sedikit cabai burung yang ditumbuk
Tempoyak
Garam
Gula
Asam keping (Jika hendak masam)
Timun yang dipotong

Cara memasak...

Gaulkan semua bahan2 tadi dengan air.. Pastu renehkan atas dapur....


Errmmm ...dapnyer..

Ikhlas,
Iela