Friday, September 4, 2015

Taska vs Pengasuh

Ermm...
Kira-kira lagi 2jam nak habis kerja..hihi.
Baik aku membebel kat blog ni..
Malas nak bergosip.. t dosa tuhan marah. Lagipun hari jumaat buat ler baik skit ye idok..

Masa mula-mula aku amik keputusan nak hantar anak ke taska ni.
Aku pk 80puloh ribu kali 80 malam tahu x?
Yela...aqif ni manja sangat.
Mana reti nak bergaul ngan abang kakak ni.

Mula-mula masuk tu anak aku selalu kene buli tau.
Sedih sangat tengok dier kene tolak, tampar, tunjai kepala.
Skang dah hebat anak ibu.
Pandai dah defend diri sendiri.
Anak ibu dah pandai pegang pensel..menampal,menari,menyanyi eh macam-macamla
Masa dok ngan pengasuh dulu.. anak aku ni ala-ala manja je lebih.
Tu baru umur 2tahun..macam-macam pandai dah. Nak harapkan aku yang memang xla nak ajar main ngan water color tu...hihi.
Sebagai ibu yang poyo ni..
Aku rasa  bangga sangat dengan pencapaian anak aku yang sorang ni..




 Ni masa aktiviti ngan ibubapa. Dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kami.

 Ni dalam kelas.. Main susun blok n buat kolaj. Hebatkan.. Comel je dorang ni.

 Tengok tu cikgu ajar buat topi.. Aku pon xreti nak buat camne..


 Ni Cikgu kata buat ketupat.

 Ni awal pagi ni...sume tengah monyok.. Baik je kan dorang ni. Pandai cikgu ajar..

 Dalam kelas pon duduk baik-baik je. Korang bayangkan umur 2 3 4 tahun je semua ni.. Boleh je dorang dok elok-elok. Kat rumah manade boleh dok camni.

Tengok tu dorang warna itik tu.. Walaupun comot. Tapi ibu tetap suka...

Comel-comelkan dorang ni..
Tahun depan aku terpaksa hantar anak aku ke taska lain diatas sebab sebab2 tertentu..
Ape2 pon..korang jangan takutla hantar ke taska.
Kalau dok ngan pengasuh dorang xkan ajar ape2 sebab dorang banyak kerja rumah nak buat.
Kecuali pengasuh korang tu rajin nak ajar anak kita tu.
Seeloknya bawah 2 tahun hantar ke pengasuh. Atas 2 tahun hantar taska.
Ni pendapat aku je la..
Tepuk dada tanya selera...


No comments:

Post a Comment