Tuesday, September 9, 2014

Toooolooonggggla...

Salam..
Tetibe je rasa nak membebel hari..
Aku pon xtahu nape sejak kebelakangan ni..
Ade je yang sakitkan hati jantung ngn limpa aku ni...

Xhabis2 nak memerli aku..
Tollloooongla..
Aku paling sakit hati kalau orang cakap2 benda tu ulang2...
Dah tahu benda tu xboleh nak baiki...
Diam jela...
Ni hari2 ulang cakap benda yang sama
Nak buat camne...kalau nak jugak yang baru. beli sendiri... ADE PAHAM!!!!
Huhhh...ak hanya mampu membebel dalam blog jeww...

Aku ni mulut laser...
Puas dah aku cuba menahan kelaseran mulut aku ni...
 sjabsdjbdusbu287*^&%^$@..

Pfffttttt lega....hihihi.
Hari ni mak pak aku nk datang mlwat aku..
Xtau nak masak ape n xtau jadi ke idok...

Sekian bebelan untuk hari ni....




Monday, September 8, 2014

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN...

Dari...
www.hilal.imamuda.com
~~~
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,
lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

~~
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”
Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.
Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar,
tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka,
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
Imam Muda Hilal

p/s: tringinnye nak ade anak perempuan.

Sunday, September 7, 2014

Syarat-syarat membeli rumah second hand

Salam..

Korang perasan tak..
Sejak akhir akhir2 ni rumah semakin mencanak-canak naik...
Padahal aku dok perak je pon..
Sampai skrg aku still xmampu nk membeli rumah..

Bulan lepas...
Aku ngan suami berjalan-jalan la cari rumah second hand...
Tengok2 ade 1 rumah ni menepati la citarasa kami berdua..
Pastu kitorang booking kat tuan rumah rm700.
Kalau xjadi leh dapat balik duit tu..

Pastu..
Aku try wasap member aku..
Dier lowyer yang handle bab2 rumah ni..
So, aku tanya la prosedur nak beli rumah second hand...

Dier kata.. Kalau nak bli rumah second hand... 
Sekurang2 nye kene ade 30% dari harga rumah... 
Baru kite boleh bertenang untuk membeli...

 Sebab... 10% bayar deposit rumah
10% bayar peguam
10% lagi kene bayar duit setem (kalau 1st time beli rumah dapatla diskaun 50%)

Tapi dier kata ade cara nak dapatkan duit tu balik...
Tapi kene kawtim dengan penjual rumah..
Cumanyer...kita akan dapat balik 10% je iaitu deposit rumah.
Tapi...(banyaknyer tapi)
Kene make sure jumlah pinjaman lagi kurang dari harga market rumah.
Kalau pinjaman bank.. bank akan bagi pinjaman 90% daripada harga pasaran bukan harga jual...

Diingatkan... pembelian rumah secondhand adalah sangat2 berbeza dengan pembelian rumah baru...

Lepas aku tahu prosedur beli rumah tu...
Aku terus xjadi beli rumah...haha.
Teruk kan.. Aku pk baik beli rumah baru...
Bila kira-kira kos... sama je ngan rumah baru.
Tapi...
Mungkin untung kalau kite beli rumah second hand kat KL.
Sebab kat sana kan lagi mahal..
kalau takat kat perak je...beli jela rumah baru....
Ni just pendapat aku jer..
Mungkin rumah yang korang tu murah giler..

Sumber google




Tuesday, August 19, 2014

3 kali gagal.. dan raya raya di opis

Salam...
Dalam mood2 masih raya ni...
3 kali kot aku gagal.. sedihhh...
Sudahla jatuh ditimpa tangga lak...

hmmm..
Mungkinkah aku xlayak...
Banyak sangat kesilapan yang aku buat sebelum ni kot...
Orang panggil ape tu...kifarah ek..

Aku harap pasni Allah makbulkan permintaan untuk permohonan pertukaran aku...
Aku nak dok dekat ngn hubby...
Think positif.. walaupon 3x aku gagal untuk temuduga...
Mungkin aku xde rezeki nak merasa gaji tinggi skit...

Sabar...sabar...sabar..

Ape ape pon...hidup perlu diteruskan ye idok...hihi
Minggu lepas opis aku ade buat jamuan raya...
Makan dari pagi smpai petang..
Nak pecah perut gelak ngn makan jer...hiiiii.



 Gambar kekenyangan..

 Hebat tak kami selfie...


Geng-geng lelaki semua cakap kami tengah kait pokok nyor...

k lah...babai. Selamat Hari Raya maap zahir dan batin...

Thursday, July 10, 2014

Harapan menggunung tinggi

Salam...
Hi korangssss..
Pose x hari ni..
Apela juadah berbuka hari ni kan...

Baru-baru ni aku ade temuduga kat ipoh...
Aku xtahu kenape...
Kali ni aku harap sgat berjaya dapat jawatan tu...
Walaupon masa temuduga tu aku rsa jawapan aku xdela mantap sangat...
Banyak kekurangan n menyesal pon ade xjawab betoi2..

Hari-hari hati aku aku ni meluap2 nak tahu keputusan temuduga tu...
Ishh..nape la ngan aku ni...
Ntahla..aku rasa aku terlampau minat ngan skop keje tu..
Persiapan sebelum temuduga pon buat gila2 gak la..
Tapi disebabkan gabra terlampau...
Jawapan aku macam melalut-lalut...

Ape kene la ngan aku ni...
Berharap pada benda yang xpasti...

K la...selamat bebuka..
babai.... :)

Jangan lupa prayforgaza k...

Monday, June 23, 2014

Nape dashboard blog problem...

Salam...
Mesti semua blogger jadi masalah yang sama cam aku kn..
Walaupon aku jarang update blog..
Tapi jangan xtau aku suka BW
Ni lah benda yang aku buat hari-hari...hihi.
Xbestnyer...
Xtau nak buat ape dah skrang ni..urrrmmmm


Sunday, June 1, 2014

Dugaan

Fuhhh Fuhhh...berhabuk dah blog aku ni..
Lamanyer xmeluah perasaan kat sini...
Macam-macam jadi kat aku 2 3 minggu kebelakangan ni...
Sedihhh...

Minggu lepas anak demam seminggu...
Pada masa yang sama..
Aku dapat interview F29...
Xbuat persediaan sangat...

Aku dengan xtido malam anak sakit..
Nak berdukung jer...
Melepas aku jawatan tu rasanya....huhu.
Banyak yang aku xtahu nak jawab masa interview tu,,
Dahla..soklan semua senang-senang.

Bulan lepas pon macam-macam kene bayar..
Dengan kete pon problem...
Aduyai....

Xbaiknye aku mengeluh kan...
Sabar....sabar....sabar....
Aku pasti tuhan nak bagi aku sesuatu yang lebih baik..