Wednesday, October 12, 2016

Bibir bengkak digigit semut..

Assalamualaikum..
Lama dah tak tulis diari yang xberapa diari ni..
Baru-baru ni budak kecik ni kene gigit ape xtahu la...
Habis bengkak bibir dia..
Pagi tu.. Dia menjerit sakit. Ingat mengada-ngada..
Xpasal pagi tu kene marah dengan ibu sebab kacau ibu tengah tidur..


Ni gambar cikgu dier wasap...
Sian sangat. Macam ape dah muka dia.


Pagi tu sebelum pergi taska.. selfie sat dengan ibu.. Ceria je kan.
Tengahari masa nak ambil bawak pergi klinik terus demam..
Doktor cakap xde ape2 pon..
Doktor cuma bagi antibiotik, ubat sapu dan ubat demam je.

Ni lepas balik dari taska..
bibir ok sikit dah.. cuma demam pulak..
Sian sangat budak kecik ni..
Tapi selera makan tetap tinggi...
Nak makan kek coklat berhantu...hihi

Alhamdulillah.. dua tiga ni aqif dah sihat..
Datang perangai mengada-ngada jela...
Hmmmm... layan jela.



Tuesday, May 17, 2016

Kena mulakan...

Assalamualaikum...

Lama dah xmenulis..
Sebenarnya xtahu nak tulis ape..
Sebenarnya jugak perasaan ni sedih...
Banyak perkara yang jadi sepanjang tahun ni...
Aku nak jadi insan yang baik..
Kita kena mulakan hari ni jugak..
Bila nak start mengaji ni...
Bila nak start meniaga ni..
Idea banyak... tapi satu pon xmula...
Bila nak start menyimpan ni...
Bila nak ade baby baru ni...
Dan paling nak skali.. bila nak dapat pindah dok ngan family balik..
4 tahun dah dok diperantauan...

Kena fikir positif...
Banyak dah Allah bagi nikmat kat ko...
Kene bersyukur...
Moga Ramadan yang mendatang ni memberi sinar baru pada hidup aku..
Mohon doakan aku dari sifat yang xbaik..
Nak jadi budak baik eh wanita yang baik...

Comey kan gelagat adik beradik susuan ni kan...
Anak-anak jela penawar hidupku...

Thursday, November 12, 2015

AEON Klebang : Jalan-jalan dengan adik-adik.

Ni cerita 2 minggu lepas rasanye kot..
Sekarang jam 4.53 petang..
Lagi 7 minit leh balik..hahaha.
Ceritanye camni... kami sebenarnya ade kenduri sepupu kat area klebang..
rumah dier 2 minit je nak pergi AEON Klebang ni..
Besar bolehe tahan ko..
Memang xhabis pusing...
Letih kejar aqif jela...



Ni la adik beradik aku..kecuali yang kecik tu la semua lain-lain kan.
Tapi ramai kata mata kami sama...
Gedik je kan nak bergambar kat sini.. Beratur oii..
Maklumla benda baru..


Yang ni real..
Ni adik aku yang bongsu...
Nyampah tau... mesti nak tinggi dari akak. Dier ni belajar kat Kolej Vokasional..
Ni la satu-satunya adik perempuan aku.


Ni adik aku yang no.2..
Kawen dah dier ni...Tapi belum rezeki dapat anak lagi.
Doakan dier eh...



Ibu nak bergambar ngan aqif gak...haha


Ni la budak asyik mengepaw belon...
Letih kejar dier sebab asyik kejar belon je..
Stress ibu...


Yang baju putih tu adik yang no 3..
Dier paling gelap sekali n poyo...
Belajar lagi ni... 
Itu je nak citer... Ni la adik-beradik aku yang xberapa ramai.

p/s : Mood tengah rindu ngn family.. Jap gi mama ngn abah datang. Best3... 

Tuesday, October 27, 2015

Cool Blog baru dibuka di Gerik

Assalamualaikum...
Sudah 3 tahun kot aku dok di Gerik ni..
Macam-macam dah ade kat sini..
Sekarang kan orang giler beli air yang gedabak besar tu kan.
Macam2 dah air pirate la, tea boader la..

Hari tu aku ngan opismate kuar lunch nak merasa la cool blog ni...
Sodap ko idok kan..


Ni la rupenye tempat tu..
Lawa gakla.. Tapi sempit skitla..
Layanan bagus.

Sempatla selfie.. 
Xde kerja.. Sementara menunggu air yang kami order siap..
Komen dari kawan aku.. Sedap lagi air sempadan betong..hihi
Tapi pada pada aku plak.. Sedap jerrkk..cma sikitla.
Tak cukup bagi perut tong macam aku ni.
Air yang kat sempadan sedap+banyak,

Sesape yang lalu Gerik tu.. Agak-agak dahaga lehla nak singgah hilangkan dahaga.. 

Baibai..



Wednesday, October 21, 2015

Bila ibu malas masak


Geramnye bila budak ni buat muka comel camni kan.
Semalam malas sangat nak masak.
Walaupun dah kecoh Malaysia diserang wabak Demam Kepialu.
Bila M menguasai diri. Jadi camni la.
Semenjak dua menjak ni.. balik je kerja mesti badan jadi lemau. 
Jerebu la ni.. Bila la nak habis.
Mungkin Allah nak duga kita yang xpernah bersyukur ni kan.


Aqif dah start nak panjat meja. Makanan lambat sangat sampai.
Akhirnya dia makan sikit.
Mungkin xsedap kot. Lain kali ibu masak k.


Sebelum balik tu... dan la dier mengepau ibunya kopok.. errgggghh
Geram ok..
Bukan makan sangat pon. Leh plak dier main pijak2.


Tengok tu buat muka xbersalah.
Nasibla anak sorang. Kalau x ibu dah jadi tarzan dah.


Malam tu plak kitorang main benda kat atas ni..hihi.
Bosan kan hidup kitorang..

okla..babai.

Tuesday, October 20, 2015

Demam Kepialu

Dulu pernah je dengar demam kepialu ni..
Tak sangka boleh menyebabkan kematian..
Menurut suratkhabar yang aku baca demam kepialu ni
hanya menyerang manusia dan disebarkan melalui makanan atau
air minuman yang tercemar dengan najis atau air kencing pesakit atau
pembawa demam kepialu.

Penyebaran wabak demam kepialu dipercayai disebarkan oleh
Pendatang Asing yang datang ke negara ini.
Takutnye.. sebab dekat dengan rumah aku banyak gak warga asing..
Kalau dah berpenyakit nape la datang kat negara aku oii..

Langkah-langkah Pencegahan Demam Kepialu..
Aku kongsi skitla ek..

- Segera ke klinik/hospital jika demam,cirit-birit atau sakit perut.
- Minum air yang telah masak
- Makan makanan yang baru dimasak
- Cuci tangan sebelum/selepas makan.
- Guna tanda yang bersih.
- Pilih pengendali makanan yang bersih.

Pendek kata semua kene pastikan bersih.

Harap kita semua terhindar dari penyakit-penyakit ini.
Belum habis jerebu. Dah datang penyakit baru.
Rasanya Allah nak beri peringatan kat kita...